Wednesday, 24 July 2013

LADAP FROG VLE GURU-GURU SKTD 2

Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.



SUASANA KURSUS FROG VLE














 JU Pn. Hasnorizaini sedang memberi penerangan



 Peserta Otai sedang menyiapkan FROG masing-masing.





Bentuk Page FROG VLE sekolah SKTD 2

Wednesday, 6 February 2013

SK Taman Desa Dilantik Sebagai Pengerusi Kriket Bawah 12 Tahun




















Pada Tahun ini 2013 merupakan tahun bersejarah bagi SKTD 2 kerana dilantik pertama kali sebagai pengerusi Kriket sekolah rendah. Sukan Kriket merupakan sukan yang baru diperkenalkan di Sekolah Daerah Gombak pada Tahun 2005.

Perlawanan diantara 6 sekolah yang terlibat pada tahun ini.

1. SK Sri Gombak
2. SK Taman Ehsan
3. SK Taman Desa
4. SK Taman Desa 2
5. SK Bukit Indah
6. SK Taman Melawati

Perlawanan ini di adakan Pada 4 - 5 Februari 2013 bertempat SMK Taman Desa 2.
Bersambung......