Saturday 18 January 2014

Bantuan Awal Persekolahan 2014

Dipercaya akan berlaku huru-hara di kawasan SK Taman Desa 2 kerana sebab-sebab berikut.



diharap semua ibu atau bapa yang datang jangan terlalu awal ikut lah prosedur yang ditetapkan, kerana bimbang akan wujud perasaan tak puas hati kerana telah lama menunggu giliran. yang pasti sesiapa yang mempunyai anak di sekolah ini akan dapat bantuan ini.

Penulis bukan untuk mengajar cara-cara belanja dengan betul. Ini kerana ramai dikalangan guru mengadu masih ramai lagi murid yang tiada buku tulis mahupun buku kerja, yang sepatutnya disediakan oleh ibubapa kepada pelajar. Jika buku atau peralatan yang tidak disediakan dengan lengkap macam mana anak-anak kita hendak belajar dengan baik. Semua ibubapa inginkan anak berjaya, bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk mereka semata-mata. Bak kata perpatah, " Berikan Kail, bukan Berikan Ikan" pada mereka, sampai bila...



P/S: Rezeki telah dijanjikan, anak yang  ramai murah rezeki....tuan-tuan...

Thursday 2 January 2014

Langkah Pertama ke Sekolah

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2014. Begitu ramai sekali ibubapa yang turut hadir ke sekolah walaupun sudah lama tinggal alam persekolahan. Bak kata perpatah " Anak punya pasal aku sanggup cuti kerja" walapun semalam sudah cuti umum (1.1.2014).

Pengorbanan yang besar sebelum ini kedua ibubapa untuk anak yang dikasihinya, atas rasa kebimbangan anak kecilnya ke sekolah entah apa akan jadi boleh atau tidak berdikari pada hari pertama. Apa yang pasti perasan seronok dan teruja ibubapa apabila anak kecil ini pakai baju uniform sekolah bersedia untuk melangkah ke alam baru bagi mereka.

Ada dikalangan ibubapa yang sanggup tunggu anak mereka belajar sehingga waktu rehat malah ada yang tunggu sampai habis waktu belajar pada hari tersebut. Sehinggakan kantin sekolah dikelilingi oleh ibubapa kerana mengintai anak masing - masing, apa yang dibeli, apa yang dimakannya malah dengan siapa anak mereka berkawan.

Ucapan Selamat Datang oleh Guru Besar


Semasa menyayikan lagu Negaraku dan Lagu Sekolah

Barisan guru-guru


Kelihatan para ibubapa yang sedang menunggu dan
memperhatikan gelagak anak masing-masing


Masih sabar menunggu Ibubapa murid baru






Amanat dan peratuan sekolah disampaikan
oleh En. Ruzaini kepada murid

Murid pendidikan Khas.