Monday 16 December 2013

Persediaan Ke Sekolah 2014

Persediaan Sebelum Kembali Ke Sekolah



  • Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
  • Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
  • Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
  • Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
  • Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
  • Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.
  • Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
  • Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
  • Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
  •  Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
  • Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
  • Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.



Anda perlukan Jadual Waktu 2014? sila klik di sini http://goo.gl/tjA2oL







Suasana Hari Orientasi Tahun 1 2014
















Wednesday 6 November 2013

1 Murid 1 Sukan

1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan pada 30.10.2013 ( Tahun kedua )yang lepas dimana melibatkan sebahagian murid dari pagi hingga petang. Sepanjang program semua murid dan guru senyum puas kerana program yang dirancangkan berjaya dilaksanakan jua walaupun banyak tugas-tugas yang lain.

APA ITU 1MURID 1 SUKAN ? Kenapa diwujudkan...

Dasar  Satu  Murid  Satu  Sukan  (1M  1S)  mewajibkan  setiap  murid  menyertai  sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar  ini  selaras  dengan  Dasar  Sukan  Negara  yang  memberi  penekanan  kepada  Sukan  Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang  kurang  aktif  supaya  mereka  melibatkan  diri  dalam  aktiviti  sukan.  Pada  masa  yang  sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang  sukan  sangat  penting  dalam  mengoptimumkan  keupayaan  fizikal  murid  selaras  dengan 
ungkapan “Minda Yang  Cerdas Terletak  Pada Tubuh Yang  Sihat”.  Dalam  konteks  ini,  bidang  sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. 

Kementerian  Pelajaran  Malaysia  (KPM)  melaksanakan  Dasar  1M  1S  agar  setiap  murid  menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Sumber: dipetik dari Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan)















































Sunday 29 September 2013

Tuesday 10 September 2013

PERISTIWA BERGAMBAR HARI SUKAN TAHUNAN 2013

Acara Padang dan BalapanTarikh : 8 Sept 2013Masa : 730 pagiTempat : Padang sekolah








Ucapan dari Tuan Guru Besar