
Semua guru mendoakan semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan teliti.
Assalamualikum, tips belajar ..Mulakan dengan niat. Untuk
bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan
niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai
contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari
stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu
atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda
lakukan.Kawal emosi. Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan
kawal marah, tapi bersabar.
Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya
bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam
amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda.
Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada
keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan.
Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi
dengan mengamalkan sikap bersabar.Sembahyang. Sembahyang dapat membina
ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat
di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai
kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk
membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.LET GO. Ini
adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran.
Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan
hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk
seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa
tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir.
Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda
akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat
suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda
tertekan. Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang.
Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga
baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah
tangga. Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda
disenangi orang. Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda
dirahmati olehNYA. Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam
kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.
selamat menduduki Peperiksaan UPSR...
USAHA, DOA, TAWAKAL pada ALLAH S.W.T