Sunday, 30 December 2012

Kembali ke Sekolah

See full size image
Semua Ibubapa sudah bersedia untuk anak-anak masing-masing ke sekolah, tapi macam mana pula murid-murid? Mungkin ada yang masih belum lagi cukup, ataupun masih liat untuk bangun awal pagi.
Bagi guru, masing-masing sudah tidak sabar lagi untuk hari persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi, Ada yang sudah dengan jadual waktu untuk kelas, malah ada yang sudah siap dengan ABM 2013... Tahniah  diucapkan.

Bagi murid tahun satu, selamat Datang ke Alam Persekolahan begitu juga dengan guru harus bersiap sedia fizikal dan mental serta kesabaran.

Jika inginkan Jadual Waktu Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 sila klik Disini








Monday, 10 September 2012

Selamat Meduduki Peperiksaan UPSR 2012












Semua guru mendoakan semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan teliti.

Assalamualikum, tips belajar ..Mulakan dengan niat. Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.Kawal emosi. Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar.
Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.Sembahyang. Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.LET GO. Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan. Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang.
Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang. Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA. Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.
selamat menduduki Peperiksaan UPSR...


USAHA, DOA, TAWAKAL pada ALLAH S.W.T

Thursday, 30 August 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-55 Tahun


 


Majlis Sambutan  Hari Kemerdekaan Kali Ke-55 dimulai dengan nyayian lagu Negaraku, Lagu Sekolah, Lagu Tema Kemerdekaan serta lagu Tanggal 31.


Panorama suasana sambutan...