Monday, 9 July 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Dasar  Satu  Murid  Satu  Sukan  (1M  1S)  mewajibkan  setiap  murid  menyertai  sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar  ini  selaras  dengan  Dasar  Sukan  Negara  yang  memberi  penekanan  kepada  Sukan  Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang  kurang  aktif  supaya  mereka  melibatkan  diri  dalam  aktiviti  sukan.  Pada  masa  yang  sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang  sukan  sangat  penting  dalam  mengoptimumkan  keupayaan  fizikal  murid  selaras  dengan ungkapan “Minda Yang  Cerdas Terletak  Pada Tubuh Yang  Sihat”.  Dalam  konteks  ini,  bidang  sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu  aktiviti  sukan  yang  dikendalikan  secara  terancang  dan  sistematik.  Dasar  1M  1S  adalah berteraskan  kepada  prinsip-prinsip  asas  perkembangan  fizikal  murid-murid.  Justeru  itu,  Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;

  1. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
  2. Membangunkan  sukan  sekolah  ke  arah  meningkatkan  kadar  penyertaan  murid  dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
  3. Memberi  peluang  kepada  semua  murid  yang  berbakat  dan  berpotensi  untuk  digilap  ke tahap yang lebih tinggi; 


Antara suasana semasa aktiviti senamrobik yang di jalankan serentak di seluruh Malaysia pada pagi ini ( 10.07.2012) yang dirasmikan oleh Guru Besar SKTD 2


































Sunday, 1 July 2012

Perasmian Bulan Pusat Sumber

Pelancaran Bulan Pusat Sumber

Pelancaran Bulan Pusat Sumber 
dan Laman Sesawang PSS
Perasmian oleh:
En Rosli bin Abdullah
Pegawai Teknologi Pendidikan 
BTPN Selangor
Tarikh : 2 Julai 2012
 
TENTATIF PROGRAM

 
Sesi Pagi
7.30 Pagi                  Murid berkumpul di  tapak perhimpunan
7.39 Pagi                  Ketibaan  PTP dari BTPN Selangor & PKG Rawang
7.40 Pagi                  Perhimpunan dimulakan
                               -Pelancaran Bulan  Pusat Sumber
 dan Laman Sesawang PSS
                               -Penyampaian Hadiah
8.10pagi                   Murid masuk  ke kelas masing-masing
Sesi Petang
12.50 Tengah Hari     Murid berkumpul di tapak perhimpunan
1.00 Petang              Perhimpunan dimulakan
                               -Pelancaran Bulan Pusat Sumber
                               -Penyampaian Hadiah
1.40 Petang              Murid masuk ke kelas masing-masing




Aktiviti Yang dijalankan Sepanjang Bulan Pusat Sumber

·      Bergambar Bersama Haiwan 
·      (Isnin Dan Selasa , 2 & 3 Julai 2012)
·      Senamrobik
·      (Selasa, 3 Julai 2012)
·      Pameran Daripada Semua Panitia
·      Pertandingan Dart
·      Pertandingan Bola Baling (L)
·      Pertnadingan Bola Tampar (P)
·      Puppet Show
·      Permainan Dalaman—Congkak, Catur, Saidina,
·      Teka Silang Kata (Tahap 1 & 2)
·      Spelling B
·      Word Maze / Puzzle
·      Deklamasi Sajak
·      Pertandingan Sudut Nilam 

Tuesday, 26 June 2012

Hari Terbuka SK Taman Desa 2


   Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru, hari terbuka yang  diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Pada hari Jumaat yang permai kali ini, para pelajar Tahun 4, 5 dan 6 bersama ibubapa mahupun penjaga masing-masing telah terlibat dalam hari terbuka. 





          Seawal jam 8 pagi, kenderaan ibubapa  mula membanjiri perkarangan luar sekolah. Ibubapa dan penjaga  menuju ke kelas anak masing-masing di mana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sebaliknya bagi pelajar yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012 diselubungi kesuraman dan perasaan berat hati untuk berjumpa para guru.

        

       Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi mereka. Ibubapa juga dilihat profesional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu matlamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing.

        

       Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi keseluruhan warga SKTD2. Pihak pentadbiran juga mengambil langkah bijak dengan memberi peringatan serta menahan rekod keputusan peperiksaan para pelajar yang tidak hadir bersama ibubapa.


         Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Pelbagai program kerjasama PIBG sedang giat dirancang bagi memastikan mutu pelajar yang lahir dari SKTD2  tidak akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat setempat khasnya dan masyarakat global amnya.