Tuesday, 25 March 2014

Latihan Rumah Sukan

Kini telah bermula latihan rumah sukan. Semua murid akan mengadakan latihan mengikut rumah sukan masing-masing.

Berikut adalah giliran bagi Latihan Rumah

Hari
Selasa : Rumah Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir

Khamis : Rumah Tunku Abd Rahman dan Tun Abd Razak
Masa         : 1.30 - 3.30 petang


Semua murid dikehendaki membawa kad KOKO pada hari tersebut dan memakai pakaian sukan untuk keselesaan semasa latihan.



klik disini

Friday, 14 February 2014

Kejohanan Kriket MSSD Gombak 2014

Tahun ini merupakan setapak lagi kemeningkatan prestasi Pasukan Kriekt Sekolah SKTD 2. Seramai 15 orang murid telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi pertandingan tersebut.

Tarikh : 13 - 14 Feb 2014
Masa  : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  SMK Taman Desa 2

Sk Taman Desa 2 telah berjaya dan memperoleh tempat ke-3 Daerah Gombak tahun ini dan salah seorang murid SKTD 2 terpilih sebagai Best Bowler Terbaik iaitu Adik Amer Khalif Bin Kamal Effendy dari kelas 4 Tenteram dan terpilih untuk wakil Pasukan Daerah Gombak. Pasukan Kriket Gombak akan ke Kuala Selangor untuk Kejohanan MSS Selangor pada 24. 03.2014.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan daripada pihak sekolah, NAS CATERING serta para penyumbang dari segi tenaga dan wang tanpa sokongan dan doa dari anda semua menjadi semangat untuk para pemain kriket sekolah ini.
Sebelum perlawanan

Best Bowler Terbaik Gombak adik Amer Khalif Bin Kamal Effendy 4T










Saturday, 18 January 2014

Bantuan Awal Persekolahan 2014

Dipercaya akan berlaku huru-hara di kawasan SK Taman Desa 2 kerana sebab-sebab berikut.



diharap semua ibu atau bapa yang datang jangan terlalu awal ikut lah prosedur yang ditetapkan, kerana bimbang akan wujud perasaan tak puas hati kerana telah lama menunggu giliran. yang pasti sesiapa yang mempunyai anak di sekolah ini akan dapat bantuan ini.

Penulis bukan untuk mengajar cara-cara belanja dengan betul. Ini kerana ramai dikalangan guru mengadu masih ramai lagi murid yang tiada buku tulis mahupun buku kerja, yang sepatutnya disediakan oleh ibubapa kepada pelajar. Jika buku atau peralatan yang tidak disediakan dengan lengkap macam mana anak-anak kita hendak belajar dengan baik. Semua ibubapa inginkan anak berjaya, bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk mereka semata-mata. Bak kata perpatah, " Berikan Kail, bukan Berikan Ikan" pada mereka, sampai bila...



P/S: Rezeki telah dijanjikan, anak yang  ramai murah rezeki....tuan-tuan...