Persediaan Sebelum Kembali Ke Sekolah
- Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
- Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
- Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
- Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
- Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
- Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.
- Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
- Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
- Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
- Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
- Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
- Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.
Anda perlukan Jadual Waktu 2014? sila klik di sini http://goo.gl/tjA2oL
Suasana Hari Orientasi Tahun 1 2014