Sunday, 30 December 2012
Monday, 10 September 2012
Selamat Meduduki Peperiksaan UPSR 2012
Semua guru mendoakan semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan teliti.
Assalamualikum, tips belajar ..Mulakan dengan niat. Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.Kawal emosi. Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar.
Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.Sembahyang. Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.LET GO. Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan. Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang.
Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang. Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA. Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.
selamat menduduki Peperiksaan UPSR...
USAHA, DOA, TAWAKAL pada ALLAH S.W.T
Thursday, 30 August 2012
Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-55 Tahun
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-55 dimulai dengan nyayian lagu Negaraku, Lagu Sekolah, Lagu Tema Kemerdekaan serta lagu Tanggal 31.
Panorama suasana sambutan...
Monday, 9 July 2012
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
- Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
- Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
- Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;
Antara suasana semasa aktiviti senamrobik yang di jalankan serentak di seluruh Malaysia pada pagi ini ( 10.07.2012) yang dirasmikan oleh Guru Besar SKTD 2
Subscribe to:
Posts (Atom)