Wednesday 6 November 2013

1 Murid 1 Sukan

1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan pada 30.10.2013 ( Tahun kedua )yang lepas dimana melibatkan sebahagian murid dari pagi hingga petang. Sepanjang program semua murid dan guru senyum puas kerana program yang dirancangkan berjaya dilaksanakan jua walaupun banyak tugas-tugas yang lain.

APA ITU 1MURID 1 SUKAN ? Kenapa diwujudkan...

Dasar  Satu  Murid  Satu  Sukan  (1M  1S)  mewajibkan  setiap  murid  menyertai  sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar  ini  selaras  dengan  Dasar  Sukan  Negara  yang  memberi  penekanan  kepada  Sukan  Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang  kurang  aktif  supaya  mereka  melibatkan  diri  dalam  aktiviti  sukan.  Pada  masa  yang  sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang  sukan  sangat  penting  dalam  mengoptimumkan  keupayaan  fizikal  murid  selaras  dengan 
ungkapan “Minda Yang  Cerdas Terletak  Pada Tubuh Yang  Sihat”.  Dalam  konteks  ini,  bidang  sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. 

Kementerian  Pelajaran  Malaysia  (KPM)  melaksanakan  Dasar  1M  1S  agar  setiap  murid  menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Sumber: dipetik dari Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan)















































No comments:

Post a Comment