Monday 20 October 2014

KEJOHANAN KRIKET RIA KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK (KATMO) 2014

Tahun 2014 sekali lagi SKTD 2 menghantar murid untuk pertandingan KEJOHANAN KRIKET RIA KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK
(KATMO) seramai 10 orang. tetapi pada hari kejadian hanya 10 sahaja yang hadir disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan, namum begitu perlawanan mesti diteruskan LAWAN TETAP LAWAN.

Seramai 6 buah sekolah mengambil bahagian iaitu SK Seri Gombak, SK Taman Ehsan, SK taman Melawati 1, SK taman Melawati 2 dan SK Taman Desa 2.

Perlawanan kali ini terpaksa bermain liga kerana satu sekolah tidak hadir iaitu SK Taman Desa.

Tahun ini merupakan tahun pencapaian terbaik iaitu mendapat tempat ke-2 atas kerjasama pasukan dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain, malah sokongan daripada pihak pentadbir juga guru SKTD 2.
















Tiga orang pemain dapat dipilih untuk mewakili pasukan Daerah Gombak iaitu adik Amer Khalif, adik Irwanshah dan adik Ahmad Fahmi

Pasukan Gombak


KATMO peringkat Negeri diadakan di SMK Batu Unjur, Klang. Alhamdulillah kali ini pasukan Gombak telah memberi persembahan yang terbaik dimana dapat mengalahkan musuh tradisi iaitu pasukan Daerah Kuala Langat dah seterusnya telah memdapat JOHAN KATMO tahun 2014. Tahniah Pasukan Gombak.










Majlis Penyampaian hadiah dilakukan pada 20.10.2014 kepada pemain pasukan kriket SKTD 2 semasa perhimpunan pagi.




Ketua Pasukan Daerah Gombak




Pasukan Kriket SKTD 2   ( 3 orang tidak hadir )

Thursday 7 August 2014

PERSEDIAAN UPSR 2014

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"

Semoga semua murid bersedia untuk menduduki UPSR yang bakal dilalui nanti. Tiada yang lebih mengembirakan hati kedua ibubapa selain kejayaan anak-anaknya.

Doa ibubapa dan guru sentiasa bersama anda...



Wednesday 21 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Tahniah buat semua guru SKTD 2 kerana sanggup dan sudi menjayakan tema hari guru tahun ini KEMBALI KE SEKOLAH.

Memang best gile... dan Ucapan ribuan TAHNIAH buat semua ahli jawatankuasa kelab guru dan kakitangan (KKGK) yang diketuai oleh En. Ruzaini (Jonedfx). Biar gambar yang berbicara....






























Tuesday 25 March 2014

Latihan Rumah Sukan

Kini telah bermula latihan rumah sukan. Semua murid akan mengadakan latihan mengikut rumah sukan masing-masing.

Berikut adalah giliran bagi Latihan Rumah

Hari
Selasa : Rumah Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir

Khamis : Rumah Tunku Abd Rahman dan Tun Abd Razak
Masa         : 1.30 - 3.30 petang


Semua murid dikehendaki membawa kad KOKO pada hari tersebut dan memakai pakaian sukan untuk keselesaan semasa latihan.



klik disini

Friday 14 February 2014

Kejohanan Kriket MSSD Gombak 2014

Tahun ini merupakan setapak lagi kemeningkatan prestasi Pasukan Kriekt Sekolah SKTD 2. Seramai 15 orang murid telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi pertandingan tersebut.

Tarikh : 13 - 14 Feb 2014
Masa  : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  SMK Taman Desa 2

Sk Taman Desa 2 telah berjaya dan memperoleh tempat ke-3 Daerah Gombak tahun ini dan salah seorang murid SKTD 2 terpilih sebagai Best Bowler Terbaik iaitu Adik Amer Khalif Bin Kamal Effendy dari kelas 4 Tenteram dan terpilih untuk wakil Pasukan Daerah Gombak. Pasukan Kriket Gombak akan ke Kuala Selangor untuk Kejohanan MSS Selangor pada 24. 03.2014.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan daripada pihak sekolah, NAS CATERING serta para penyumbang dari segi tenaga dan wang tanpa sokongan dan doa dari anda semua menjadi semangat untuk para pemain kriket sekolah ini.
Sebelum perlawanan

Best Bowler Terbaik Gombak adik Amer Khalif Bin Kamal Effendy 4T