Monday 9 July 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Dasar  Satu  Murid  Satu  Sukan  (1M  1S)  mewajibkan  setiap  murid  menyertai  sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar  ini  selaras  dengan  Dasar  Sukan  Negara  yang  memberi  penekanan  kepada  Sukan  Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang  kurang  aktif  supaya  mereka  melibatkan  diri  dalam  aktiviti  sukan.  Pada  masa  yang  sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang  sukan  sangat  penting  dalam  mengoptimumkan  keupayaan  fizikal  murid  selaras  dengan ungkapan “Minda Yang  Cerdas Terletak  Pada Tubuh Yang  Sihat”.  Dalam  konteks  ini,  bidang  sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu  aktiviti  sukan  yang  dikendalikan  secara  terancang  dan  sistematik.  Dasar  1M  1S  adalah berteraskan  kepada  prinsip-prinsip  asas  perkembangan  fizikal  murid-murid.  Justeru  itu,  Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;

  1. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
  2. Membangunkan  sukan  sekolah  ke  arah  meningkatkan  kadar  penyertaan  murid  dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
  3. Memberi  peluang  kepada  semua  murid  yang  berbakat  dan  berpotensi  untuk  digilap  ke tahap yang lebih tinggi; 


Antara suasana semasa aktiviti senamrobik yang di jalankan serentak di seluruh Malaysia pada pagi ini ( 10.07.2012) yang dirasmikan oleh Guru Besar SKTD 2


































No comments:

Post a Comment